≡ Menu

Niat Puasa Nazar Dan Hukum Berpuasa Nazar?

Niat Puasa Nazar Dan Hukum Berpuasa Nazar?

Terdapat pelbagai puasa sunat yang boleh diamalkan dan puasa wajib yang wajib kita tunaikan sebagai umat Islam. Antaranya seperti puasa bulan Rejab, puasa wajib bulan Ramadhan, puasa nazar, puasa sunat Isnin dan Khamis dan berxmacam-macam jenis puasa lagi.

Pada kali ini kami akan memaparkan perihal mengenai puasa nazar yang mengandungi maklumat lebih lanjut tentang bacaan niat puasa nazar dan hukumnya yang akan kami kupaskan satu demi satu di bawah ini.

Apakah Itu Niat Puasa Nazar?

Ia merupakan puasa wajib bagi umat Islam kerana menjadi suatu aturan agama. Apakah yang dimaksud dengan aturan agama itu? Nazar adalah suatu yang dibuat oleh individu yang akan melakukan perkara kebaikan atau sesuatu kebajikan dengan niat supaya dapat dekatkan diri kepada Allah SWT sama ada dengan syarat tertentu atau tiada syarat apapun. Di dalam Islam, sesuatu kebaikan dan kebajikan yang ingin dilakukan pada asalnya tidak wajib hukumnya untuk dilaksanakan tetapi akan menjadi wajib untuk dikerjakan sekiranya dinazarkan.

Contoh situasi nazar bersyarat adalah apabila seseorang individu itu berniat nazar akan berpuasa selama empat hari apabila lulus dari temuduga untuk ke program diploma peringkat pengajian tinggi dan diterima masuk sebagai pelajar diploma.

Contoh situasi nazar tanpa bersyarat adalah misalnya apabila sesorang individu mengucapkan : Demi Tuhan sekalian alam, aku akan berpuasa setiap Isnin dan Khamis pada setiap minggu pada bulan Rejab. Dia akan menyelesaikan puasa itu dan ini disebutkan sebagai puasa nazar tanpa bersyarat. Ia adalah langkah untuk lebih mendekatkan diri dan menghambakan diri kepada Allah SWT.

Contoh situasi nazar kepada keburukan adalah contoh bernazar untuk bermesra berlebihan dengan artis. Nazar ini dikira sah akan tetapi tidak boleh dilaksanakan dan kafarah atau denda harus dibayar.

Niat Puasa Nazar dan Puasa Ganti

niat puasa nazar

Puasa ganti atau niat puasa nazar perlu berturut dan disegerakan untuk ditunaikan dan tidak dilengah-lengahkan untuk mengerjakannya. Bagi keuzuran tertentu yang dibenarkan oleh syarak, seseorang individu itu boleh qada’ sekaligus atau serentak puasa ganti nazar bersama dengan puasa sunat Isnin Khamis atau puasa hari Arafah atau puasa-puasa sunat yang lain.

Jadual di bawah ini kami sediakan untuk panduan anda semua yang meliputi maklumat mengenai hukum puasa nazar, niat puasa nazar dan puasa ganti, niat puasa qada, dan niat puasa Isnin Khamis. Jika seseorang itu berniat sekali puasa wajib dan puasa sunat serentak sekaligus, maka ganjaran bagi kedua-duanya akan diperoleh.

Perkara Butiran Selanjutnya
Hukum Puasa Nazar Hukumnya wajib jika seseorang itu telah menazarkan sesuatu perkara; kebaikan atau kebajikan yang dilakukannya dengan puasa bernazar. Puasa nazar yang dijanjikan sama ada dengan bersyarat atau tanpa bersyarat hendaklah wajib ditunaikan hingga selesai.
Niat Puasa Nazar Berserta Erti dalam Rumi نويت صوم النذر لله تعالى
Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa nazar pada esok hari kerana Allah Ta’ala”.
Niat Puasa Qada Dan Ganti نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”
Niat Puasa Isnin Khamis puasa nazar
Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Isnin/ Khamis kerana Allah Taala”
Denda Kafarah Bagi Yang Tidak Menunaikannya Denda istilahnya dalam Islam adalah kafarat. Denda atau kafarat hendaklah dibayar oleh individu yang tidak melaksanakan puasa nazar iaitu dengan memilih salah satu kafarat di bawah :
1- Budak atau hamba sahaya hendaklah dimerdekakan
2- 10 orang miskin hendaklah diberikan makan
3- Orang miskin diberikan pakaian
Kafarat nazar dan denda wajib dibuat sepertimana yang telah ditentukan oleh Allah SWT jika puasa nazar tidak dilaksanakan.
Bagaimana Bernazar Kepada Perkara Dilarang Agama Apabila seseorang itu telah menazarkan sesutu perkara keburukan atau perbuatan yang dilarang; maka denda atau kafarat akan tetap dikenakan dan hendaklah dilaksanakan denda kafarat itu. Akan tetapi perbuatan itu tidak boleh dikerjakan malah akan mendapat dosa jika melakukannya.
Sebab Wajib Melaksanakan Puasa Nazar Ia wajib dilaksanakan kerana janjinya seseorang itu atau nazarnya seseorang itu untuk berpuasa dengan baik sama ada dengan syarat atau tanpa syarat seperti yang telah dijelaskan. Syarat yang lain adalah dia telah memenuhi syarat syarat berpuasa.
in Niat Puasa