≡ Menu

Niat Puasa Sebulan Bagi Bulan Puasa Ramadhan

Niat Puasa Sebulan Bagi Bulan Puasa Ramadhan

Puasa adalah bermaksud menahan diri dari segala nafsu yang paling utama menahan diri dan berpuasa dari makan dan minum dan perkara-perkara yang akan membuatkan puasa kita terbatal bermula terbitnya fajar sehingga matahari terbenam.

Sepanjang bulan Ramadhan anda hendaklah memasang niat samada mahu terus buat niat puasa sebulan ataupun melafazkannya pada hari-hari Ramadhan.

“Pada bulan Ramadhan, umat Islam yang telah cukup syaratnya hendaklah dan diwajibkan untuk berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu dan sebelum kamu

Pada bulan Ramadhan, seluruh umat Islam akan berpuasa jika syarat wajib puasa telah dicapai.  Kebiasaannya, pada bulan Ramadhan ini semua gerai makan akan ditutup pada siang hari kecuali bazar malam yang akan dibuka bermula 4 petang dan ke atas bagi menyediakan juadah berbuka puasa.

Cara Niat Puasa Sebulan dan Harian di Bulan Ramadhan

Di bawah ini kami akan berkongsi cara untuk melafazkan niat puasa sebulan dan niat berpuasa harian serta bacaan doa untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan

Perkara Butiran dan Pautannya
Niat Berpuasa Harian Bulan Ramadhan Lafaz : نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi : Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i; Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksud doa : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Niat Puasa Sebulan Bulan Ramadhan dalam jawi dan rumi Jawi : نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi : Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksud doa : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa Bulan Ramadhan Lafaz : اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
Rumi : Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Maksud doa : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani

niat puasa sebulan

Baca Lagi Informasi Bulan Puasa Di Bawah :

Waktu Berbuka Puasa Melaka dan Waktu Imsak 2017 Ba... Jadual Waktu Berbuka Puasa Melaka dan Waktu Imsak 2017 / 1438 Hijrah bagi seluruh kawasan, daerah di negeri Melaka termasuklah Bandar melaka Tengah, J...
Korek Hidung Batal Puasa? Korek Hidung Pun Boleh M... Korek Hidung Batal Puasa? Korek Hidung Pun Boleh Membatalkan Puasa? Apabila tibanya bulan Ramadhan masih ramai lagi yang tidak jelas dan tidak maklum...
in Niat Puasa