Fidyah Puasa : Cara Kira, Kadar Dan Cara Bayar Fidyah?
Pada artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda semua mengenai cara bayar fidyah dan juga yang berkaitan dengan fidyah ganti puasa. Pasti ada juga antara kita terpaksa bayar fidyah puasa dalam kalangan kita atas beberapa masalah atau halangan yang tidak dapat elakkan.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan fidyah puasa? Ia adalah denda yang harus dibayar dan dikenakan kepada individu yang puasanya di bulan Ramdhan tidak dapat diganti pada tahun itu hinggalah sudah tiba kedatangan Ramdhan tahun yang berikutnya.
Hukum WAJIB bagi sesiapa yang dikenakan untuk bayaran fidyah. Walaupun bayaran denda fidyah sudah dilakukan ini tidak bermakna puasa yang telah ditinggalkan itu tidak perlu anda ganti. Sebaliknya puasa yang tertinggal itu wajib untuk diganti mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkannya.
Pembayaran boleh dilakukan melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Tahukah anda pembayaran fidyah secara online juga boleh dilakukan termasuklah melalui Maybank 2u. Daripada hasil bayaran fidyah yang dilaksanakan, ia akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kafarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Selepas itu, beras dan bekalan makanan akan diagihkan terus kepada fakir miskin dengan bayaran fidyah puasa itu.
Perkara Penting Mengenai Fidyah Puasa?

Di bawah ini pula kami akan lampirkan jadual yang merangkumi maklumat bayar fidyah puasa iaitu hukumya, prosedur bayaran fidyah dan sebab-sebab fidyah dikenakan ke atas individu.
Perkara | Butiran Selanjutnya |
Hukum Fidyah | Wajib hukumnya untuk bayar fidyah. Mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkan, ia wajib disempurnakan. Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan kepada Allah SWT iaitu hutang. |
Faktor Fidyah Dikenakan |
1. Berkeadaan uzur untuk melaksanakan puasa wajib Ini terdiri untuk golongan yang menghidap sakit kuat dan mempunyai kesukaran untuk kembali sembuh ataupun tidak mampu untuk berpuasa bagi golongan tua atau kedua-dua keadaan sekali. |
2. Perempuan yang hamil Dengan syarat khuatir akan keadaan dan keselamatan bayi di dalam perutnya akan mempunyai masalah seperti berlakunya keguguran. Fidyah akan dikenakan kepada golongan ini dan puasa yang ditinggalkan mesti digantikan (qada’). |
|
3. Si ibu yang susukan anak. Mestilah dengan syarat ibu berasa khuatir dan bimbang akan kesihatan dan penjagaan bayi yang disusui seperti kesihatan bayi akan terjejas atau kurang air susu. Maka dibolehkan untuk membayar fidyah dan puasa yang ditinggalkan wajib diganti |
|
4. Orang yang telah meninggal dunia Bagi mereka yang telah meningal dunia, hutang puasa yang telah meninggal dunia mestilah waris-warisnya sempurnakan bayaran fidyah puasa itu mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dilaksanakan. |
|
5. Ganti puasa yang dilambatkan (Qada’) Bagi yang melambat puasa yang harus digantinya sehinggalah tiba tahun berikutnya pada bulan Ramadhan, denda bayar fidyah hendaklah dilaksanakan bersama dengan wajib gantikan puasa telah ditinggalkan olehnya. Bayaran denda fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang tidak digantinya lagi. |
|
Prosedur Fidyah di MAIWP | Sebarang pembayaran fidyah puasa dan cara kira fidyah boleh dilakukan di Baitulmal Bangunan Daruzzakah atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN dengan melalui tunai atau cek/pos berdaftar. Pemerintah bagi sesuatu tempat yang akan menetapkan sebarang perubahan kadar fidyah puasa. Cara kiraan kadar bayaran fidyah akan berpandukan kepada kadar harga beras (makanan ruji penduduk). Agihan beras fidyah akan dilaksanakan kepada fakir miskin. |
Cara Bayar Fidyah | Cara kiraan bagi bayaran fidyah puasa adalah : FIDYAH = (Jumlah hari puasa yang ditinggalkan) x (Tahun gandaan puasa ditinggalkan) x (1 cupak beras) |
Kadar Fidyah |
Satu cupak beras adalah kadar bayaran fidyah yang dikenakan untuk sehari puasa ditinggalkan. Dalam bentuk nilaian pula, secupak beras bersamaan dengan kadar RM1.75 iaitu jumlah beratnya sebanyak 567.5 gram iaitu 1/4 gantang Baghdad. Nilaian ini berdasarkan tetapan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. |
Contoh kiraan fidyah : Jika puasa yang ditinggalkan adalah 4 hari dan puasa tidak digantikan sehingga 4 kali bulan Ramadhan, maka jumlah kadar bayar fidyahnya adalah : RM1.75 (1 cupak beras) x 4 hari x 4 tahun = RM28 |