≡ Menu

Lafaz Niat Puasa Enam (6) di Bulan Syawal Dalam Bahasa Arab dan Rumi

(JAKIM) Lafaz Niat Puasa Enam (6) di Bulan Syawal Dalam Bahasa Arab dan Rumi Selepas Subuh :

Sudahlah menjalani ibadah puasa Ramadhan selama sebulan banyak fadhilat. Jikalau ditambah dengan mengerjakan niat puasa enam (6) di bulan Syawal berganda-ganda ganjaran yang diterima. beruntung bukan menjadi seorang muslim?

Sememangnya bulan Syawal adalah medan terbaik untuk menguji seseorang muslim yang baru sahaja mengerjakan puasa Ramadhan sejauh mana ia memberikan kesan dalam jiwa raga seseorang Muslim.

Jikalau di bulan Ramadhan banyak dihabiskan dengan memanfaat segala masa dan ruang ada anda mengerjakan ibadah dan amalan termasuklah tadarus ataupun membaca Al-Quran, sembahyang terawih, witir. Persoalannya adakah kelaziman melakukan amalan dan ibadah seperti ini akan diteruskan pada bulan yang seterusnya?

Cara untuk anda lafaz niat puasa enam (6) di bulan Syawal cukup senang dan mudah. Walaupun anda ada puasa yang perlu anda ganti, namun pendapat ulama ada mengatakan tiada masalahnya untuk anda mengerjakan lafaz niat puasa enam di bulan Syawal selepas sahaja berlabuhnya puasa Ramadhan.

Para ulama menjelaskan puasa ganti boleh digantikan dan dijelaskan menjelang puasa Ramadhan yang akan datang (seterusnya). Tiada masalah.

  • Seperti yang ramai sedia maklum, tidak boleh sama sekali puasa pada hari pertama Syawal.
  • Oleh itu anda boleh mula mengerjakan puasa enam (6) iaitu 2 haribulan Syawal yang mana anda boleh mengerjakan secara berselang seli ataupun secara berturut-turut
Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Lafaz Niat Puasa Enam (6) Dalam Rumi dan Bahasa Arab

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala

Lafaz Niat Puasa Enam (6) Dalam Bahasa Melayu

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala”

Niat Puasa EnamSelepas menunaikan puasa Ramadhan selama sebulan ditambah pula, amalan niat puasa enam (6) di bulan Syawal maka ganjarannya ibarat kita telah berpuasa selama setahun?

Beruntung bukan? Rugi tidak mengerjakannya.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Niat Puasa Isnin dan Khamis Dalam Rumi (Sunat). Ke... Niat Puasa Isnin dan Khamis Dalam Rumi (Sunat). Kelebihan? Alhamdulillah kita boleh lihat hari ini, semakin ramai umat Islam antara kita yang berlu...
Lafaz Niat Puasa Ganti Puasa Ramadhan Dalam Rumi d... Lafaz Niat Puasa Ganti Puasa Ramadhan Dalam Rumi dan Bahasa Arab Alhamdulillah sekarang ini hari ini bagi bulan April kita sudah pun menginjak ke bul...
in Niat Puasa

Next post:

Previous post: