≡ Menu

Zakat Fitrah 2016 : Kadar Bayar Seluruh Negeri di Malaysia

Zakat Fitrah 2016 : Kadar Bayar Zakat Fitrah di Seluruh Negeri di Malaysia

Berikut di bawah adalah kadar zakat fitrah untuk setiap individu Muslim seluruh Malaysia bagi tahun 2016 bersamaan dengan 1437 Hijrah. Majlis Agama Islam Negeri adalah badan atau majlis yang bertanggungjawab menetapkan kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia.

”Umat Islam dinasihati agar bayaran zakat fitrah yang ditunaikan hendaklah diserahkan kepada amil yang bertanggungjawab dengan mempunyai resit bayaran dan kad kuasa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

zakat fitrah

Di bawah ini kami senaraikan kadar bayar zakat fitrah 2016 bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia berdasarkan rujukan rasmi dari Majlis Agama Islam.

Negeri Tahun 2016
Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan RM 7.00
Kedah RM 7.00
Perak RM 7.00
Negeri Sembilan RM 6.50
Johor RM 6.00 / 8.00*
Kelantan RM 7.00
Sabah RM 7.00
Sarawak RM 7.00
Perlis RM 7.00
Pulau Pinang RM 7.00
Selangor RM 7.00
Pahang RM 7.00
Terengganu RM 7.00
Melaka RM 6.70

P/S : Bagi negeri Johor ada bertanda * bermaksud kadar zakat fitrah adalah berdasarkan dan merujuk kepada harga gred beras atau jenis beras yang dimakan seperti informasi di bawah ini :

1. Harga Zakat Fitrah RM 6.00

Bagi harga fitrah RM6.00 di Johor adalah bagi individu yang memakan beras gred/jenis beras super tempatan 15% adalah beras hancur (Beras Tempatan/Beras Nasional) sahaja yang harganya RM1.80 1KG.

2. Harga Zakat Fitrah RM 8.00

Bagi harga fitrah RM8.00 di Johor adalah bagi yang individu yang memakan beras gred/jenis beras selain daripada beras jenis super tempatan 15 peratus adalah beras hancur (Beras Tempatan/Beras Nasional).

Kadar Bayar Zakat Fitrah 2016 di Malaysia

Waktu ideal atau waktu yang sesuai dan sebaik-baiknya untuk bayar zakat fitrah adalah dilakukan pada awal Ramadhan agar zakat yang ditunaikan dapat diagihkan kepada golongan yang layak sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Sepanjang bulan Ramadhan kita digalakkan untuk melunaskan zakat fitrah untuk mengelakkan kekangan masa dan tanggungjawab untuk ditunaikan pada saat-saat akhir menjelangnya Hari Raya Aidilfitri yang pertama.

Moga-moga kita dapat menunaikan dan melunaskan zakat fitrah pada tahun ini agar mereka golongan yang layak memerlukan akan mendapat zakat dan keperluan yang secukupnya menjelang Hari Raya Aidilfitri ini. Sesungguhnya hukum zakat fitrah adalah wajib ke atas setiap individu. Oleh itu, marilah kita beramai-ramai melunaskan zakat fitrah di samping meningkatkan amal ibadah dan kebaikan di bulan puasa Ramadhan yang penuh kemuliaan ini.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Jadual Waktu Berbuka Puasa Perlis dan Waktu Imsak ... Jadual Waktu Berbuka Puasa Perlis dan Waktu Imsak 2017 / 1438 Hijrah bagi seluruh kawasan, daerah di negeri Perlis. Bagi memudahkan anda merancang an...
Malam Lailatul Qadar : Doa, Amalan, Solat dan Sura... Malam Lailatul Qadar : Doa, Amalan, Solat dan Surah Yang Boleh Diamalkan? Kita digalakkan dan disunatkan untuk memperbanyakkan doa dan meraih keberka...
in Bulan Ramadhan

Next post:

Previous post: