≡ Menu

Waktu Solat Johor 2016 di Parit Raja, Pasir Gudang, Johor Bahru

Waktu Solat Johor 2016 di Parit Raja, Pasir Gudang, Johor Bahru Zohor Asar Maghrib Isyak Subuh Isyak

Berdasarkan semakan iPuasa.com, melalui jadual waktu solat Johor 2016 melibatkan beberapa bandar dan kawasan – kawasan yang sewaktu dengannya termasuklah Johor Bahru, Parit Raja, Pasir Gudang, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Gemas, Muar telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Solat 5 waktu adalah wajib bagi umat Islam sepertimana firman Allah S.W.T sepertimana Surah al-Nisaa’ ayat 103.

“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. “

waktu solat johorSememangnya dengan panduan jadual waktu solat Johor 2016 sepertimana yang telahpun disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dapat memudahkan umat Islam terutamanya warga Johor tidak terlepas waktu sekaligus dapat mendirikan solat 5 waktu mengikut waktu. Insyaallah.

Bersama ini kami kongsikan untuk anda jadual waktu solat Johor 2016 bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya (Johor Bahru, Parit Raja, Pasir Gudang, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Gemas, Muar) yang boleh anda klik jadual di bawah yang telah disusun mengikut zon.

Bersama-sama ini juag suka untuk iPuasa kongsikan bersama dengan anda tafsiran waktu solat dari Subuh sehinggalah ke Maghrib.

Solat Zohor
Waktu Zohor/Zuhur (ظهر) bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya. Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.

Solat Asar
Waktu Asar (عصر) bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam.

Haram menta’khirkan atau melewatkan solat asar sehingga tinggal waktu yang tidak sempat untuk dikerjakan.

Solat Maghrib
Waktu Maghrib (مغرب) bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.

Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.

Solat Isyak
Waktu Isya’/Isyak (عشاء) bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq. Waktu isya adalah waktu solat yang paling lama iaitu sepanjang malam.

Semak Jadual Waktu Solat Johor 2016

Untuk negeri Johor, terbahagi kepada 4 zon, antaranyalah ialah :

  1. Zon 1 : Meliputi kawasan Pulau Aur dan Pemanggil dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya
  2. Zon 2 : Kota Tinggi, Mersing dan Johor Bahru
  3. Zon 3 : Kluang dan Pontian
  4. Zon 4 : Batu Pahat, Segamat, Muar dan Gemas

Klik untuk memilih zon dan kawasan yang melibatkan dengan anda

P/S : Semakan sangat berguna menjelang bulan puasa Ramadhan kelak bagi anda mengerjakan kewajiban lima waktu tanpa sesekali melengah-lengahkannya. Insyaallah.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Senarai Bazar Ramadhan Johor Bahru, Pasar Ramadhan... Senarai Bazar Ramadhan Johor Bahru, Pasar Ramadhan JB Ramadhan sudah tiba dan menjelang kembali, syukur diucapkan Ramadhan telah bertaut kembali dan ...
Buffet Ramadhan JB 2017 Promotion di Hotel Johor B... Buffet Ramadhan JB 2017 Promotion di Hotel Johor Bahru Negeri Johor Darul Takzim juga turut terkenal dan kaya dengan pelbagai menu dan juadah yang bo...
in Waktu Solat