≡ Menu

Tarikh Puasa Bulan Ramadhan di Malaysia 2016 Bagi 1437-1438 Hijrah

Tarikh Puasa Bulan Ramadhan di Malaysia 2016 Bagi 1437-1438 Hijrah

Pejam celik pejam celik, tidak lama sahaja lagi tarikh puasa 2016 bulan Ramadhan akan semakin menjelang tiba bagi menemui sekali lagi umat islam khususnya di Malaysia. Alhamdulillah. Diberikan sekali kesempatan olehNya.

Semua umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah wajib iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan yang akan bermula 6 Jun 2016 iatu hari Isnin bersamaan dengan 1 Ramadhan 1437 Hijrah.

“Makluman mengenai hari permulaan puasa 2016 ini dibuat dengan merujuk kepada takwim dan kalender Islam bagi tahun 2016 iaitu 1437-1438 Hijrah bagi negara ini.

Butiran Tarikh Puasa 2016 Bulan Ramadhan

  • Tarikh : 6 Jun 2016
  • Hari : Isnin
  • Tarikh Kalender Islam : 1 Ramadhan 1437H
  • Cara tarikh puasa 2016 ditetapkan: Rukyah (melihat anak bulan) dan Hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

tarikh puasa

Walaubagaimanapun, pengumuman secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi tarikh puasa Ramadhan akan disiarkan secara langsung (LIVE) menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Dato’ Sri Syed Danial bin Syed selepas mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Di bawah ini adalah jadual tarikh-tarikh penting bersama dengan hari kebesaran Islam. Jadual ini juga merangkumi hari bermulanya puasa Ramadhan 2016. Dengan merujuk kepada tarikh penting Islam yang telah Panel Pakar Falak Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terbitkan, lampiran berikut dapat kami kongsikan kepada anda semua

Butiran Tarikh
 Israk dan Mikraj  5 Mei 2016
 *Awal Ramadhan / Tarikh Puasa Ramadhan  6 Jun 2016
 Nuzul Al-Quran  22 Jun 2016
 Hari Raya Aidilfitri / Puasa   6 Julai 2016
 *Awal Zulhijjah  3 September 2016
 Hari Raya Aidiladha / Korban  12 September 2016
 *Awal Muharram / Maal Hijrah  2 Oktober 2016
 Maulidur Rasul  12 Disember 2016

Bersama-sama ini, iPuasa.com kongsikan kepada anda panduan dan cara yang betul sepertimana dimaklumkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mengenai adab berbuka puasa yang betul sebagai panduan umat Islam di Malaysia.

  • segera berbuka puasa apabila masuk sahaja waktu
  • berdoa ketika buka puasa Ramadan
  • berbuka puasa dengan Rutab ataupun Tamar
  • tidak membazir ketika membeli juadah di pasar malam
  • segera dan mendirikan solat Maghrib

P/S : Dikesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan selamat berbuka puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan menjalani ibadah puasa. Semoga-moga sama-sama kita mendapat keberkatan pada bulan yang mulia ini.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Waktu Berbuka Puasa Melaka dan Waktu Imsak 2017 Ba... Jadual Waktu Berbuka Puasa Melaka dan Waktu Imsak 2017 / 1438 Hijrah bagi seluruh kawasan, daerah di negeri Melaka termasuklah Bandar melaka Tengah, J...
Doa Buka Puasa dan Niat BerBuka Puasa Dalam Bahasa... Doa Buka Puasa dan Niat BerBuka Puasa Dalam Bahasa Arab Cara doa buka puasa dan lafaz niat doa berbuka puasa bulan Ramadhan akan kami kongsikan kepad...
in Bulan Ramadhan

Next post:

Previous post: