≡ Menu

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2015 1436 Hijrah

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2015 1436 Hijrah.

Seperti pada tahun-tahun sebelumnya menjelang bulan Ramadhan setiap tahun, tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2015 telah pun ditentukan sepertimana diumumkan sendiri Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja.

Pada minggu hadapan iaitu 16 Jun 2015 hari Selasa ini bersamaan 29 Syaaban 1436 Hijrah telah ditentukan sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2015 sekaligus permulaan bagi umat Islam di Malaysia yang mana Majlis Raja-Raja telah pun bersetuju bahawa tarikh puasa 2015 di Malaysia ditentukan oleh Rukyah serta Hisab.

Senarai Lokasi Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan 2015

Antara lokasi dan tempat melihat anak bulan Ramadhan 2015 yang telah dipilih pada malam tersebut anda boleh semak seperti di bawah ini :

tarikh anak bulan ramadhan

  1. Pontian Kecil di Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka
  3. Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan
  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor di Selangor
  5. Bukit Jugra, Banting di Selangor
  6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor
  7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong di Perak
  8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang Penang
  9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda di Kedah
  10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi di Kedah
  11. Menara Alor Setar di Kedah
  12. Bukit Besar, Kuala Terengganu di Terengganu
  13. Bukit Geliga, Kemaman di Terengganu
  14. Pulau Perhentian, Besut di Terengganu
  15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu
  16. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai di Kelantan
  17. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan
  18. Tanjong Lubang, Miri di Sarawak
  19. Teluk Bandung, Kuching di Sarawak
  20. Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak
  21. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah
  22. Bukit Tanjong Batu, Nenasi di Pahang
  23. Gunung Berincang, Cameron Highlands di Pahang
  24. Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang
  25. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia di Sabah
  26. Kampus Antarabangsa di Labuan
  27. Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur
  28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya
  29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis

Hasil keputusan selepas melihat anak bulan Ramadhan 2015, pengumuman puasa Ramadhan 2015 akan terus disirakan secara langsung dan live melalui Radio dan Televisyen (TV) oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Nantikan sama-sama pada malam 16 Januari 2015 ini.

in Bulan Ramadhan