≡ Menu

Tanda Lailatul Qadar dan Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Tanda Lailatul Qadar dan Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar adalah antara malam yang paling ditunggu kita semua yakni malam yang paling istimewa dan rahmat paling besar daripada Allah SWT yang di mana ia adalah 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan.

Sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan adalah malam-malam yang penuh dengan barakah dan kelebihannya.

tanda lailatul qadar

Kita sangat digalakkan untuk mencari malam Lailatul Qadar dengan melipat gandakan amalan ibadah dan juga amalan Lailatul Qadar demi meraih dan mengaut fadhilat dan kelebihan Lailatul Qadar yang tidak terjangkau segala kelebihannya.

Sebagaimana yang telah diterangkan di dalam kitab Allah dan juga hadis Rasulullah SAW bahawa di dalam bulan Ramadhan, malam Lailatul Qadar dan Al-Quran mempunyai perkaitan dan hubung kait yang rapat antara satu sama lain.

Mencari Tanda Lailatul Qadar dan Melakukan Amalan Ibadah

Berikut di bawah ini adalah antara tanda malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan yang mulia ini :

  • Nur atau cahaya yang terang benderang akan terlihat di segenap tempat sehinggalah di celah tempat yang ceruk gelap gelita oleh orang yang merasai dan menemui malam Lailatul Qadr.
  • Ucapan salam dan kata-kata lain akan dapat didengar dari Malaikat
  • Segala makhluk atau hidupan yang ada di bumi dan juga di langit dapat dirasai seperti smeua sedang bersujud ke hadrat Ilahi Maha Pencipta.
  • Suara salakan anjing tidak kedengaran.
  • Malam itu tenang sahaja, tidak berasa panas dan tidak pula berasa dingin

Kelebihan Malam Lailatul Qadar

  • Pada hari 10 pertama pada bulan Ramadhan diibaratkan bulan yang penuh kerahmatan
  • Pada hari kesepuluh pertengahan bulan Ramadhan pula sebagai hari pengampunan segala dosa yang dilakukan
  • Pada hari 10 terakhir pada bulan Ramadhan pula malam yang penuh rahmat dan berkat iaitu lebih baik dan istimewa daripada seribu bulan.

Amalan Lailatul Qadar

Amalan Lailatul Qadar adalah sangat disunatkan dan sangat digalakkan bagi memperolehi ganjaran dan keberkatan malam yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.

Perkara Butiran
Amalan
Lailatul Qadar
1. Amalan mendirikan Qiamullail dihidupkan oleh para muslim.
2. Malam-malam terakhir dihabiskan dengan beramal di masjid (beriktikaf dengan berdamping dengan masjid).
3. Solat tarawih didirikan sehingga 20 rakaat tanpa witir.
4. Mendirikan dan menunaikan solat Qiamulail sebanyak yang kita mampu dan sebanyak yang mungkin.
4. Solat tahajud 8 rakaat dan juga solat witir 3 rakaat didirikan dengan bermulanya 12 malam Ramadhan.
5. Isteri tidak didekati (uzlah).
6. Amalan bertasbih, selawat, tahmid, istighfar, takbir diperbanyakkan.
7. Majis ilmu tidak jemu untuk dihadiri serta rajinkan diri untuk mengulangkaji tafsir Al-Quran dan sirah Nabi.
8. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT memohon keampunan dosa selama ini dan keberkatan malam juga dipohon.
9. Lebih banyak bertadarus dan membaca Al-Quran serta berzikir kepada Allah.

Konkusinya, apabila kita sentiasa melakukan dan memenuhi malam kita dengan amal ibadat kepada Allah setiap malam Ramadhan dan sentiasa bersolat jemaah bagi setiap waktu fardhu solat, pasti orang itu akan memperoleh fadhilat malam Lailatul Qadar seperti yang ulama perkatakan,

Sesungguhnya, tarikh sebenar dan waktu sebenar malam Lailatul Qadar hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya. Kita hanya perlu mencari malam Lailatul Qadar dan terus menerus usaha untuk meraihnya dan mengambil peluang ini dengan memperbanyakkan amalan Lailatul Qadar seperti solat tarawih, solat sunat taubat, solat sunat lailatul qadar, berzikir memuji Allah dan lain-lain lagi.

Semoga kita diberi keampunan dosa dan mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT. Mudah-mudahan. Amin.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Solat Qiamullail di Bulan Ramadhan : Cara dan Pand... Solat Qiamullail di Bulan Ramadhan : Cara dan Panduan Ringkas? Kita sebagai umat Islam diwajibkan berpuasa pada waktu siangnya manakala pada malam pu...
Jadual Waktu Berbuka Puasa Wilayah Persekutuan Lab... Jadual Waktu Berbuka Puasa Labuan dan Waktu Imsak 2017 / 1438 Hijrah bagi seluruh kawasan, daerah di Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi memudahkan anda...
in Bulan Ramadhan