≡ Menu

Solat Qiamullail di Bulan Ramadhan : Cara dan Panduan Ringkas?

Solat Qiamullail di Bulan Ramadhan : Cara dan Panduan Ringkas?

Kita sebagai umat Islam diwajibkan berpuasa pada waktu siangnya manakala pada malam pula kita disunatkan dan digalakkan untuk Qiamullail iaitu malam dimakmurkan dan dihidupkan dengan ibadat.

Solat Qiamullail Ramadhan adalah sangat dituntut di dalam Islam dan akan dijanjikan dengan pelbagai kelebihan dan ganjaran. Baginda SAW ada bersabda bahawa :”Pada Ramadhan sesiapa yang melakukan qiamullail kerana mengharapkan pahala dan keimanan, dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan.” (Daripada Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Solat Qiamullail

Solat Qiamullail Ramadhan adalah antara amalan sunat bagi mendapat keberkatan bulan Ramadhan selain daripada mendirikan solat tarawih dan juga membaca Al-Quran serta berzikir memuji Allah.

Panduan Solat Qiamullail

Kami di Ipuasa.com akan berkongsi sedikit sebanyak berkenaan dengan cara mengerjakan qiamullail Ramadhan yang boleh diikuti oleh semua pembaca Muslim untuk mendekatkan diri dan menyerahkan diri kepada Allah Taala. Kami akan berkongsi doa qiamullail dan amalan-amalan Qiamullail yang sunat untuk dilakukan kita semua. Kebiasaanya solat qiamullail Ramdhan dilakukan bermula pada 12 tengah malam sehinggalah sebelum subuh pagi keesokannnya.

Perkara Butiran
Panduan
Qiamullail
1. Doa ini sering dibaca oleh Baginda SAW sebelum Qiamullail dilakukan:

QIAM

2. Amalan-amalan sunat ini boleh dilakukan ketika Qiamullail Ramadhan :

  • Wuduk diambil dan solat sunat wuduk didirikan
  • Surah Al-Imran dibaca iaitu ayat 190 sehingga 200
  • Solat sunat hajat didirikan untuk pemantapan akidah tauhid dan juga iman di dada
  • Solat sunat hajat didirikan dan memohon kepada Ilahi agar dpertemukan dan dijodohkan dengan Lailatul Qadar
  • Al-Quran dibaca dan ditadarus
3. Banyakkan beristighfar sebanyak 1000 kali iaitu (30 minit)

0

Maksudnya : Aku memohon ampun kepada Allah dan aku bertaubat kepadaNya

4. Banyakkan berzikir memuji Allah Taala

  • Tahlil – sebanyak 1000x

u

  • Kalimah Tauhid – sebanyak 300x

tauhid

  • Bertakbir – sebanyak 300x

o

5. Banyak bertasbih kepada Allah SWT. Dilakukan sebanyak 300x dan berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.

  • Bertasbih – sebanyak 300x

j

  • Berselawat

selawat

6. Sewaktu Qiamullail Ramadhan, pelbagai solat sunat boleh dilakukan

  • Solat Sunat Tasbih – Sebagai tanda mengagungkan Allah Yang Maha Esa
  • Solat Sunat Taubat – Sebagai tanda memohon keampunan dosa
  • Solat Sunat Lailatul Qadar – Sebagai tanda kesyukuran dapat meraih malam yang penuh berkat dan nikmat
  • Solat Sunat Witir – Adalah sebagai solat penutup
7. Perbanyakkan berdoa kepada Allah memohon keampunan dari Allah dan memohon kerahmatan dan keberkatan dalam setiap amal ibadah yang kita lakukan demi memperoleh redha Allah.

Bacalah doa ini jika bertemu dengan malam Lailatul Qadar:

c

Cara Solat Sunat Qiamullail Orang Uzur?

Bagi yang tidak mampu untuk melakukan solat Qiamullail Ramadhan, mereka golongan yang uzur dan tidak sihat telah dikira beramal Al-Qadar jika beramal ibadah dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Amalan berikut juga sunat diamalkan jika kita tidak mampu bangun malam untuk solat Qiamullail Ramadhan iaitu bacalah surah berikut :

  • Surah Al Ikhlas
  • Surah Al Zalzalah
  • Surah Al Kafirun
  • Surah Yaasin
  • Ayat Kursi
  • Ayat akhir surah Al-Baqarah

Orang yang uzur dan tidak berkemampuan buatlah seberapa banyak ibadah setakat yang termampu demi meraih kelebihan yang berlipat ganda. Namun, usahlah sehingga memudaratkan keadaan diri yang uzur.

p/s : Diharapkan dengan perkongsian ini, kita semua dapat sedikit pencerahan bagaimana untuk melakukan solat qiamullail Ramadhan. Semoga malam-malam Ramadhan sentiasa diisi dengan pelbagai amalan sunat yang sangat digalakkan. Wassalam

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Tarikh Puasa Bulan Ramadhan di Malaysia 2016 Bagi ... Tarikh Puasa Bulan Ramadhan di Malaysia 2016 Bagi 1437-1438 Hijrah Pejam celik pejam celik, tidak lama sahaja lagi tarikh puasa 2016 bulan Ramadhan a...
Waktu Berbuka Puasa Sabah dan Waktu Imsak 2017 Kot... Jadual Waktu Berbuka Puasa Sabah dan Waktu Imsak 2017 / 1438 Hijrah bagi zon Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Semporna Bagi memudahkan anda merancang ...
in Bulan Ramadhan