≡ Menu

Selamat Berpuasa : Koleksi Ucapan SMS Bulan Ramadhan 2016

Selamat Berpuasa : Koleksi Ucapan SMS Bulan Ramadhan 2016

Selamat Berpuasa. Menjelangnya bulan Ramdhan ini, setiap insan umat Islam akan menggunakan peluang pada Ramadhan ini untuk memberi ucapan selamat dan juga ucapan memohon maaf dan tidak lupa jua ucapan untuk menunaikan ibadah puasa yang di bulan yang penuh barakah ini.

“Moga sambutan untuk menyambutan bulan puasa dapat dimeriahkan lagi dengan koleksi ucapan yang kami lampirkan ini.

selamat berpuasa

Berikut kami di Ipuasa ingin berkongsi dengan anda semua koleksi ucapan hari puasa Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016 yang bersamaan dengan 1437 hijrah bagi mereka yang mahu mendedikasikan ucapan selamat puasa menerusi SMS, laman Facebook atau di laman media sosial yang lain seperti di Instagram, Twitter atau di LinkedIn.

Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa 2016

Apabila dalam perbuatan tingkah laku atau tutur kata

Perkara Butiran
Ucapan
Selamat Berpuasa 2016
Apabila dalam tingkah laku perbuatan atau tutur kata terukir salah dan khilaf, yakni dengan hati kecil yang merendah diri ini ingin mengucapkan mohon maaf setulus-tulusnya. Selamat menjalani puasa ibadah di bulan mulia Ramadhan ini.
Ya Allah, sayangilah dan muliakanlah saudaraku ini, limpahkan rezeki ke atas saudariku serta ke atas keluarganya, kuatkan imannya. Jauhkanlah dari segala fitnah dan hasutan anasir yang tidak baik, berikanlah kenikmatan ibadahnya.
Amin. “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”
Marhaban ya Marhaban, pucuk selasih bertunas menjulang. Dahannya yang patah, tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali tiba, salah silap dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat menjalani ibadah puasa 2016.
Mengharap padi dalam lesung, yang ada hanyalah rumpun jerami
Harapan hati bertatap langsung, yang ada hanyalah layangan sms ini
Sebelum terpadamnya lubang cahaya, sebelum berakhirnya hidup ini
Sebelum tertutupnya pintu taubat, sebelum menjelangnya Ramadhan ini
Maaf zahir dan batin dipinta
Kerana gelap malammu aku terjaga
KeranaMu aku gagahkan melangkah menuju ke mentari sinaranMu
Kusambut pemberianMu, dengan penuh harapan kudapat kerinduanMu
Selamat menjalani Ibadah Puasa
Setiap insan tak pernah lari dari salah dan silap
Kerana manusia hanyalah makhluk biasa yang tidak sempurna
Di bulan yang mulia ini marilah kita bermaafan
Agar tiada lagi hasad dengki dan dendam
Marhaban ya Ramadhan
Maaf zahir batin dipohon
Perkataan yang indah adalah ALLAH
Media yang terbaik adalah Al-QURAN
Lagu yang enak merdu adalah AZAN
Diet yang terbaik adalah PUASA
Senaman yang sihat bertenaga adalah SOLAT
Kebersihan diri yang menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yang indah terbaik adalah HAJI
Khayalan yang bagus adalah ingat pada DOSA dan TAUBAT
Semoga hadirnya bulan yang suci ini memabawa iman dan takwa. AMIN
Dahulunya aku memberontak sekali ingin memohon maaf padamu
Tapi ku pendamkan hasrat itu dek kerana perasaanku yang terlalu malu
Aku beranikan diri pinta sesuatu darimu pada hari ini
Ku harap kau berikan maafmu menjelang puasa Ramadhan ini
Indahnya malam kerana bulan dan bintang
Indahnya taman kerana bunga-bunga yang mekar tumbuh
Indahnya cinta kerana kasih sayang yang dibina
Indahnya hidup kerana silaturrahim yang erat
Oleh itu mari kita semua indahkan bulan Ramadhan dengan ibadah
Setitik tinta menjadi noda
Setitik salah khilaf menjadi dosa
Bulan penuh mulia ini kian tiba
Mari tekun ibadah di bulan puasa
Marhaban ya Ramadhan, sambutlah dengan senyuman mesra

Pada kesempatan ini, kami di Ipuasa ingin mengucapkan selamat berpuasa Ramadhan kepada seluruh umat Islam. Moga-moga kita menghayati bulan yang penuh keberkatan ini dengan sebaiknya dengan pengisian ibadah yang bermanfaat.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Malam Lailatul Qadar : Doa, Amalan, Solat dan Sura... Malam Lailatul Qadar : Doa, Amalan, Solat dan Surah Yang Boleh Diamalkan? Kita digalakkan dan disunatkan untuk memperbanyakkan doa dan meraih keberka...
Jadual Waktu Berbuka Puasa Wilayah Persekutuan Lab... Jadual Waktu Berbuka Puasa Labuan dan Waktu Imsak 2017 / 1438 Hijrah bagi seluruh kawasan, daerah di Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi memudahkan anda...
in Bulan Ramadhan

Next post:

Previous post: