≡ Menu

Salam Ramadhan Al Mubarak Ucapan Untuk Pembaca iPuasa.com

Salam Ramadhan Al Mubarak Ucapan Untuk Pembaca iPuasa.com

Salam Ramadhan 2016. Salam Ramadhan bulan yang penuh barakah ini dari kami Ipuasa. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan puasa Ramadhan, bulan yang mulia dan dipenuhi kenikmatan. Semoga Ramadhan pada kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.

Ya Allah, ku panjatkan syukur kepada Ilahi kerana kesempatan masih diberikan kepada hambamu ini untuk bertemu dan bertaut dengan bulan Ramadhanmu ini. Semoga sebulan Ramadhan ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuh hati dan sebaik-baiknya.

salam ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan suci. Ramadhan adalah bulan yang penuh kesabaran. Setiap hal atau perkara yang tidak diingi berlaku, balaslah dengan senyuman ikhlas yang setulus hati dan perbuatan yang baik-baik sahaja. Pasti Allah akan membuka jalan yang luas dan terbaik untuk kita semua.

Untuk para teman, sahabat handai dan juga saudara-mara, di kesempatan yang ada ini marilah kita semua bermaaf-maafan dan memohon ampun atas segala salah dan khilaf yang dilakukan secara sengaja mahupun tidak disengajakan. Buat sahabat maya, andaikata sepanjang pada waktu perkenalan dan alam maya ini ada yang terguris hati di atas coretan dan informasi yang diberikan oleh Ipuasa. Kami di Ipuasa ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf daripada kalian semua.

Dalam setiap kesakitan akan teruji kesabaran. Dalam setiap perjuangan akan teruji keikhlasan hati. Dalam setiap ukhuwah yang dijalinkan akan teruji ketulusan. Dalam tawakkal akan teruji keyakinan. Hidup ini akan menjadi amat indah sekiranya Allah menjadi tujuan hidup kita di dunia.

Salam Ramadhan : Ayuh Kita Bermaafan Sesama

Tak ada kata seindah zikir, tak ada bulan yang dapat menandingini seindah bulan Ramadhan. Ayuhlah kita semua, menyimpuhkan tangan memohon maaf bagi lisan dan perbuatan yang tidak terjaga. Janji yang kadang-kadang diabaikan, hati yang selalu berprasangka dan tingkah laku yang pernah menyakitkan orang lain. Kita amalkan sifat tegur-menegur jika ada kesilapan dan khilaf yang dilakukan.

Marhaban ya Ramadhan. Salam Ramadhan dari kami kepada semua. Selamat menunaikan ibadah puasa 2016 pada kali ini. Dan akhir sekali, kami akhiri dengan ucapan Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Niat Puasa Sebulan Bagi Bulan Puasa Ramadhan Niat Puasa Sebulan Bagi Bulan Puasa Ramadhan Puasa adalah bermaksud menahan diri dari segala nafsu yang paling utama menahan diri dan berpuasa dari m...
Upin Ipin Puasa dan Berbuka Puasa di Bulan Ramadha... Upin Ipin Puasa dan Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan Satu hasil tangan daripada syarikat tempatan yang menjadi siulan dan bualan rakyat Malaysia b...
in Bulan Ramadhan

Next post:

Previous post: