≡ Menu

Puasa Hari Putih Dalam Islam. Maksud dan Kelebihan?

Puasa Hari Putih Dalam Islam. Maksud dan Kelebihan?

Puasa bermaksud menahan diri dan segi hukum syarak pula bermaksud menahan diri daripada segala perbuatan makan atau minum bermula dari terbitnya fajar hingga matahari terbenam.

Bukan setakat menahan diri daripada lapar dan dahaga, umat Islam juga harus menahan diri dari perbuatan yang boleh menyebabkan puasa terbatal dan termasuklah perbuatan lagha dan melalaikan. Perbuatan sia-sia, mengeluarkan kata-kata yang kesat dan menyakitkan hati orang lain hendaklah juga dijauhi. Secara tidak langsung nilai-nilai baik dan murni dapat dipupuk di dalam diri.

Islam sangat menggalakkan setiap umat Islam untuk melakukan ibadah-ibadah sunat seperti contohnya puasa putih. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan puasa hari putih? Puasa hari Putih adalah puasa yang sunat dilakukan pada setiap 13, 14, 15 untuk setiap bulan mengikut bulan Takwim Islam. Namun bagi bulan Zulhijjah, puasa sunat hari putih hanya boleh dilakukan pada 14 dan 15 haribulan sahaja.

Kelebihan Diperoleh Sunat Puasa Hari Putih

Baginda, Rasulullah SAW ada bersabda mengenainya:

“BERPUASA PADA KETIGA-TIGA HARI ITU SEUMPAMA BERPUASA SEPANJANG MASA” (RIWAYAT OLEH IMAM ABU DAUD

Jadi, kita sangat dianjur dan digalakkan untuk menunaikan puasa sunat puasa hari putih sebagaimana Nabi Muhammad SAW juga turut menggalakkan umatnya berbuat demikian kerana kelebihan yang akan diperoleh adalah sangat besar.

Maksud Di Sebalik Puasa Hari Putih

puasa hari putih

Puasa sunat 13, 14 dan 15 haribulan Takwim Islam dinamakan puasa hari putih kerana pada malam-malam berkenaan bulan mengambang penuh dan sangat cerah menerangi muka bumi dan alam semesta ini.

Jikalau anda tidak boleh berpuasa pada pertengahan bulan iaitu 13, 14, dan 15 haribulan, usah khuatir terutama bagi kaum hawa kerana anda boleh berpuasa dengan memilih mana-mana 3 hari dalam sebulan. Puasa hari putih ini lebih afdhal dilakukan pada pertengahan bulan kerana Rasulullah SAW sendiri melakukannya.

Jadi pada kesempatan ini, marilah kita merebut peluang untuk beribadah kepada Allah tidak kira sama ada ibadah fardhu mahupun ibadah sunat.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Malam Nifsu Syaaban 2016 Pada 15 Syaaban. Puasa da... Malam Nifsu Syaaban 2016 Pada 15 Syaaban. Puasa dan Kelebihan? Bulan Syaaban adalah merupakan antara bulan yang mempunyai banyak keistimewaannya kera...
Niat Puasa Rejab : Puasa Sunat Bulan Rejab dalam R... Niat Puasa Rejab ; Puasa Sunat Bulan Rejab dalam Rumi dan Bahasa Arab : Alhamdulillah akhirnya kita dipertemukan pada ketika ini untuk menghadapi bula...
in Puasa Sunat

Next post:

Previous post: