Niat Puasa Arafah Hari Arafah 2016 Di mana Berlaku Wukuf di Arafah
Dengan merujuk dan berdasarkan kepada kalendar Islam Malaysia, hari sunat puasa Hari Arafah untuk umat Islam di Malysia adalah jatuh pada 23 September 2015 yang bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1436 Hijrah.
Kita digalakkan dan disunatkan untuk berpuasa hari Arafah kerana terdapat banyak manfaat dan kelebihan puasa arafah jika kita lakukannya. Antara kelebihan yang sering didengar dan dinyatakan di dalam ceramah dan kuliah agama adalah ganjaran pahala besar dari Allah SWT. Ia juga antara amalan terbaik yang amat disukai oleh Allah SWT. Kepada umat yang tidak menunaikan haji dan menunaikan wukuf di Arafah ketika itu, kita disunatkan untuk berpuasa.
Tarikh Hari Arafah di Malaysia adalakalanya berbeza dengan hari Arafah di Arab Saudi. Oleh sebab itu, ramai di antara kita di Malaysia yang terkeliru dengan hari Arafah di Arab Saudi. Jadi, anda haruslah memastikan tarikh yang tepat untuk menjalankan ibadah dan bagi mengejar fadhilat sunat puasa Arafah.
Niat Puasa Arafah Hari Arafah 2016
Perkara | Butiran dan Lafaznya |
Niat Puasa Arafah Hari Arafah di Malaysia | Lafaz Jawi : نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى |
Rumi : NAWAITU SHAUMA ‘AROFATA SUNNATAN LILLAAHI TA’AALA | |
Maksud doa : Saya niat puasa sunnah arafah kerana Allah Ta’ala |