≡ Menu

Malam Lailatul Qadar : Doa, Amalan, Solat dan Surah Yang Boleh Diamalkan?

Malam Lailatul Qadar : Doa, Amalan, Solat dan Surah Yang Boleh Diamalkan?

Kita digalakkan dan disunatkan untuk memperbanyakkan doa dan meraih keberkatan dari Ilahi pada malam Lailatul Qadar.

Kita disunatkan untuk meraih seberapa banyak ibadat dan ganjaran pahala dari Allah SWT pada malam itu untuk memperolehi keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Walau bagaimanapun, selepas kita selesai membaca segala doa-doa yang disarankan, Solat Sunat Lailatul Qadar adalah diharuskan kepada kita untuk didirikan apabila kedatangan Malam Lailatul Qadar  seperti seakan  sudah mula dirasai dan kunjung tiba.

malam lailatul qadar

Solat Lailatul Qadar ini merupakan sebagai tana kita panjatkan kesyukuran sebagai hamba di muka bumi ini kepada Allah Yang Maha berkuasa dan Maha Khalik, di samping demi memperoleh keberkatan, keredhaan dan Syurga di akhirat kelak.

Solat dan Doa Lailatul Qadar?

Di bawah ini kami akan kongsikan tentang panduan solat lailatul qadar bersama dengan doa lailatul qadar sebagai persiapan yang rapi dan secukupnya bagi menghadapi malam lailatul qadar.

Perkara Butiran
Panduan
Solat Lailatul Qadar
1. Niat Solat Lailatul Qadar :

niat solat

Maksudnya : Sahaja daku solat sunat Lailatul Qadar empat rakaat kerana Allah Taala

2. Selepas surah Al-Fatihah selesai dibaca, baca surah berikut bagi setiap rakaat:

a)  Surah Al-Takatsur – 1x

b)  Surak Al-Ikhlas  – 3x

3. Bacalah doa ini selepas salam diberi :

10 QADAR REAL

4. Bacalah doa lailatul qadar ini :

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى

Rumi : “Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”

Maksudnya : Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.

Sepanjang Ramadhan, Rasulullah ada bersabda :

“Yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim adalah 4 jenis zikir iaitu yang pertama adalah istighfar diucapkan iaitu memohon ampun. Yang kedua adalah ucapan syahadah diperbanyakkan. Yang ketiga adalah panjatkan doa meminta syurga dan keempat adalah memohon keredhaan Allah”.(Daripada Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Semoga kita melakukan persiapan yang cukup dan rapi menjelangnya 10 malam yang terakhir bulan ramadhan agar kita dapat meraih malam Lailatul Qadar yang sudah tentu banyak fadhilatnya. Malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan yang tidak ternilai barakahnya.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Korek Hidung Batal Puasa? Korek Hidung Pun Boleh M... Korek Hidung Batal Puasa? Korek Hidung Pun Boleh Membatalkan Puasa? Apabila tibanya bulan Ramadhan masih ramai lagi yang tidak jelas dan tidak maklum...
Buffet Ramadhan Langkawi 2017 Murah dan Promotion ... Buffet Ramadhan Langkawi 2017 Murah dan Promotion Promotion di Hotel Langkawi sangat terkenal dengan pusat pelancongannya yang menarik yang menjadi t...
in Bulan Ramadhan

Next post:

Previous post: