≡ Menu

Korek Hidung Batal Puasa? Korek Hidung Pun Boleh Membatalkan Puasa?

Korek Hidung Batal Puasa? Korek Hidung Pun Boleh Membatalkan Puasa?

Apabila tibanya bulan Ramadhan masih ramai lagi yang tidak jelas dan tidak maklum dengan hukum korek telinga dan juga hukum korek hidung batal puasa. Adakah dua perbuatan ini sebenarnya boleh mendatangkan kepada batal puasa seseorang itu.

Ramai yang beranggapan bahawa jika anggota mata, mulut dan telinga dimasuki oleh benda atau alatan ketika kita berpuasa, kemungkinan besar puasa akan terbatal, sekalipun ia bukan makanan mahupun minuman.

korek hidung

Ini sangat menyebabkan penderitaan kepada mereka yang mengalami gatal telinga ataupun gatal hidung ketika sepanjang tempoh berpuasa lebih-lebih lagi pada sebulan Ramadhan. Ini sangat berlawanan dengan konsep dan sifat Islam yang mudah.Adakah benar bahawa korek telinga batal puasa dan korek telinga batal puasa bagi seorang Muslim?

Ada juga sebenarnya yang melarang penggunaan celak kerana khuatir ia akan masuk ke dalam rongga mata. Konsep atau pegangan ini asalnya berasaskan daripada riwayat kenyataan Ibnu Abbas bahawa:

“Membatalkan puasa itu adalah apa yang masuk, bukanlah apa yang keluar” (Daripada riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih)

Namun demikian, riwayat kenyataan Ibn Abbas itu sebenarnya merupakan ulasan dan ditujukan kepada mereka yang berbekam bahawa ia tidak akan menyebabkan batalnya puasa seseorang.

‘Apa yang masuk’ boleh diertikan dengan masuknya sesuatu ke dalam jasad seperti makanan atau minuman atau yang mempunyai ciri dan fungsi yang sama seperti makanan. Jika sekadar hanya alatan yang digunakan seperti ‘cotton bud’ untuk korek telinga dan korek hidung pasti ia tidak termaksud dalam hujah ‘apa yang masuk’ ini.

Jika tidak pasti mereka yang memberus gigi ataupun memasukkan kayu sugi ke dalam mulut ataupun perbuatan berkumur akan menyebabkan puasa terbatal.

Korek Hidung Batal Puasa dan Korek Telinga? Perbuatan Tidak Batal Puasa?

  1. Berkumur yang tidak keterlaluan
  2. Bersugi
  3. Memberus gigi
  4. Korek telinga
  5. Korek hidung

p/s : Diharapkan dengan perkongsian ini, anda mendapat sedikit pencerahan dan penjelasan berkenaan dengan isu korek telinga dan korek hidung ketika berpuasa. Wallahualam.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Ucapan Puasa Ramadhan 2015. Selamat Bulan Puasa Ra... Ucapan Puasa Ramadhan 2015. Selamat Bulan Puasa Ramadhan Dalam SMS. Alhamdulillah akhirnya kita akan dipertemukan lagi dengan bulan puasa Ramdhan yan...
Jadual Waktu Berbuka Puasa Wilayah Persekutuan Lab... Jadual Waktu Berbuka Puasa Labuan dan Waktu Imsak 2017 / 1438 Hijrah bagi seluruh kawasan, daerah di Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi memudahkan anda...
in Bulan Ramadhan

Next post:

Previous post: