≡ Menu

JAKIM : Semakan Status Halal Secara Online SMS?

JAKIM : Semakan Status Halal Secara Online SMS?

Adalah wajib bagi setiap individu Muslim untuk mencari yang halal dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara dan benda.

jakim

Sekarang zaman sudah maju dan berteknologi, jadi kita sebagai seorang Muslim sudah tiada alasan lagi untuk memilih produk dan makanan yang halal di Malaysia ini. Kini, ada cara lebih mudah untuk menyemak JAKIM iaitu semakan status halal dengan hanya berpandukan dan merujuk kepada logo halal ataupun untuk keterangan pengesahan dan maklumat lebih lanjut sama ada sesuatu produk itu mendapat status halal JAKIM dengan SMS atau secara online.

JAKIM, Status Halal

Berikut di bawah ini adalah panduan untuk membuat pengesahan semakan status halal JAKIM bagi sesuatu produk secara SMS dan juga secara online. Secara semakan JAKIM online, anda akan melayari portal rasmi Halal Malaysia yang di dalamnya ada senarai  syarikat dan produk yang sudah mendapat pengesahan dan kelulusan sijil halal JAKIM. Senarai carian online terbahagi mengikut negeri dan beberapa kategori seperti Premis Makanan, Barang Gunaan, Produk Kosmetik, Syarikat, Farmaseutikal, Hotel dan Resort, Menu Makanan dan Rumah Sembelihan.

Anda boleh mengikuti langkah-langkah dan panduan yang kami kongsikan di bawah ini :

Perkara Butiran
Status
Halal Secara Online
1. Anda boleh melayari pautan portal rasmi Halal  Malaysia dengan terus pergi ke Dikretori Halal untuk status halal berkenaan sesuatu produk atau syarikat di dalam Malaysia dengan KLIK DISINI
2. Di dalam ruang maklumat carian, sila masukkan kata kunci anda (keyword) dan kemudian tekan butang cari.
3. Paparan hasil carian mengenai kategori Syarikat untuk seluruh negeri di Malaysia akan terpapar di skrin anda. Nama dan alamat syarikat, tarikh luput Sijil Halal JAKIM dan  akan disenaraikan dalam hasil carian anda.
4. Skop carian boleh dikecilkan kepada sesebuah negeri. Untuk memilih negeri, anda boleh klik pada menu dropdown yang disediakan.
5. Anda boleh klik pada kategori carian yang ingin dipilih di sidebar jika anda mahu paparan carian selain daripada Syarikat.
6. Sila pastikan dengan teliti bahawa logo halal yang digunakan oleh produk import luar negara adalah logo halal yang disahkan dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Status Halal
Secara SMS
1. Sila taip HALAL (jarak) SEMAK (jarak) No. Pendaftaran Syarikat dan hantarkan ke 15888

Contoh : HALAL SEMAK 987690X dan hantarkan ke 15888

Semoga perkongsian maklumat status halal JAKIM ini dapat membantu anda semua dalam menyemak produk yang ingin diketahui status sijil halal JAKIM.

Bagi semua pembaca Muslim, marilah kita bersama-sama menjaga halalnya setiap benda yang dimilik dan dimakan oleh kita agar darah daging kita tidak dicemari dengan bahan-bahan yang terlarang dah haram. Wallahualam.

in Bulan Ramadhan