Doa Buka Puasa dan Niat BerBuka Puasa Dalam Bahasa Arab
Cara doa buka puasa dan lafaz niat doa berbuka puasa bulan Ramadhan akan kami kongsikan kepada anda pada artikel kali ini. Di bawah juga turut disertakan niat berpuasa dalam bahasa Rumi. Semoga ianya akan membawa manfaat dan faedah kepada anda semua dan akan
Seperti yang kita tahu bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan penuh dengan barakah. Bulan ini sangat dinantikan oleh seluruh umat Islam untuk menjalankan ibadah puasa selama sebulan iaitu ibadat yang wajib kita tunaikan.
Lafaz Niat Puasa Ramadhan
Kita tak diwajibkan atau disunatkan untuk melafazkan niat puasa di dalam bahasa Arab. Memadai dengan hanya melafazkan niat puasa Ramadhan dalam bahasa Melayu atau bahasa mudah yang boleh difahami. Tetapi lebih baik jika kita amalkan niat puasa di dalam bahasa Arab dengan niat kita cintakan akan bahasa Arab yang merupakan bahasa yang digunakan Nabi Muhammad SAW dan juga bahasa di dalam Quranul Karim.
Niat Puasa Ramadhan Sehari dan Sebulan
Perkara | Butiran |
---|---|
Niat Puasa Sehari Ramadhan | نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى |
Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i; Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala | |
Maksud ayat : Aku niat puasa pada esok hari menunaikan kewajipan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. | |
Niat Puasa Sebulan Ramadhan | نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى |
Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i; Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala | |
Maksud ayat : Sahaja aku puasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala |
Lafaz niat secara sebulan sangat digalakkan untuk umat Islam iaitu niat pada malam pertama bulan Ramadhan supaya mengelakkan daripada sebarang kejadian atau keadaan di mana kita terlupa untuk berniat pada setiap malam puasa. Kita dibolehkan untuk melafazkan niat sebulan sekaligus menurut Imam Syafie.
Namun begitu, bagi kaum hawa atau jika kita kita terputus untuk berpuasa disebabkan sesuatu perkara yang menghalang seperti datangnya haid, nifas, sakit dan lain-lain lagi, maka lafaz niat puasa sebulan itu hendaklah diperbaharui selepas segala urusan yang dinyatakan itu selesai. Kemudian, barulah anda perbaharui niat itu dengan lafaz seperti ini :
“Sahaja aku puasa pada esok hari sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Taala”
Doa Buka Puasa di Bulan Ramadhan

Di bawah ini adalah doa buka puasa bersama dengan lafaz doa selepas kita buka puasa.
Perkara Butiran doa berbuka puasa | |
---|---|
Doa Berbuka Puasa | اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين |
Doa Berbuka Puasa dalam Bahasa rumi: Allahumma laka sumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin | |
Maksud ayat : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani. |