≡ Menu

Cara Solat Terawih : Niat, Doa dan Bacaan Selawat, Fadhilat, Kelebihan Sembahyang Terawih

Cara Solat Terawih : Niat, Doa dan Bacaan Selawat, Fadhilat, Kelebihan Sembahyang Terawih

Pada malam bulan Ramadhan sahaja kita akan melakukan solat terawih. Dalam erti kata lain solat terawih dikenali sebagai solat tahajjud atau solat malam yang dilakukan oleh umat Islam pada malam-malam bulan selain bulan Ramadhan.

Terawih bermaksud beristirehat. Solat terawih ini diselang selikan dengan perbuatan “berehat seketika’. Berhenti rehat seketika adalah bertujuan bagi memberikan ketenangan kepada mereka yang melakukan solat di samping untuk memperolehi keikhlasan dan ketulusan hati dalam solat terawih, khususnya kepada golongan warga emas. Selain itu, ia juga bagi mengelakkan tegangnya badan selepas berbuka puasa.

solat terawih

Solat terawih adalah satu ibadat tambahan yang dilaksanakan dalam keadaan tidak tergopoh gapah atau dalam keadaan tenang. Ia adalah salah satu cara untuk menunjukkan kebaktian, keikhlasan dan taatnya kita sebagai umat Islam kepada Allah SWT.

Justeru itu, solat ini dilakukan mengikut keikhlasan hati, kemampuan dan juga kerelaan sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah SAW. Memadia solat terawih sebanyak 8 rakaat, jika ada sebarang perkara yang menghalang kita daripada melakukan 20 rakaat seperti tugasan kerja mahupun kesihatan.

Sunnah Rasulullah SAW Solat Terawih

Rasulullah SAW biasa melakukan jumlah rakaat sebanyak 11 rakaat yang merangkumi daripada 8 rakaat solat terawih dan 3 rakaat pula bagi solat sunat witir. Kebanyakan umat Islam memilih jumlah rakaat ini.

Seperti yang dilihat oleh Aisyah r.a. di rumah, Rasulullah melakukan solat terawih minimum 8 rakaat kerana Nabi Muhammad SAW memanjangkan rakaat solatnya.

Panduan Solat Terawih 8 Rakaat dan 3 Rakaat Sembahyang Witir

Di bawah ini kami akan memberi sedikit pencerahan mengenai agihan panduan dalam melakukan solat terawih 11 rakaat yang meliputi 8 rakaat solat terawih dan selebihnya 3 rakaat adalah untuk solat sunat witir.

Perkara Butiran
Panduan
Solat Terawih Agihannya
1. Lapan rakaat adalah jumlah yang kebiasaannya dilakukan  bagi solat tarawih iaitu dengan agihan 2 rakaat demi 2 rakaat yakni (4 kali 2 rakaat)  dengan caranya iaitu setiap dua rakaat satu salam
2. Lapan rakaat juga boleh diagihkan dengan cara empat rakaat – empat rakaat yakni (2 kali 4 rakaat) iaitu 4 rakaat 2 tahiyat dan akhir sekali juga 4 rakaat 2
tahiyat sebagaimana kita solat fardhu yang lain.
3. Lapan rakaat juga boleh diagihkan dengan empat rakaat sekaligus. Ia dilakukan 4 rakaat hanya dengan 1 tahiyat dan 1 salam sahaja. Jika ingin dilakukan dengan 1 tahiyat sahaja, anda mestilah membaca ayat-ayat Al-Quran atau surah-surah bagi setiap rakaat.
4. Solat terawih akan dikerjakan akan diakhiri dengan solat sunat witir 3 rakaat iaitu boleh ditunaikan dengan dua salam ataupun satu salam witir sahaja.

Panduan Solat Terawih

Perkara Butiran
Panduan
Solat Terawih
1. Mulakan dengan niat sembahyang terawih
niat-solat-tarawih-sqMaksudnya : Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat (imam/makmum) kerana Allah Taala
2. Selawat, tasbih, doa solat tarawih akan dibaca, seruan oleh Bilal akan dilakukan sebelum solat tarawih dimulakan
3. Jemaah bersama-sama dengan imam akan menunaikan solat terawih bagi 2 rakaat pertama.

Selepas surah Al-Fatihah dibacakan :

  • Rakaat Ke-1 : Surah At Takatsur
  • Rakaat Ke-2 : Surah Al Asr
4. Pada akhir rakaat ke-2, setelah salam diberi, zikir akan dibaca bersama-sama bilal dan jemaah :
bacaan
5. Jemaah bersama-sama dengan imam akan menunaikan solat terawih bagi rakaat ke-3 dan ke-4 :

Selepas surah Al-fatihah dibacakan :

  • Rakaat Ke-3 : Surah Al Humazah
  • Rakaat Ke-4 : Surah Al Fill
6. Pada akhir rakaat ke-4, setelah salam diberi, selawat dan tasbih akan dibaca bersama-sama bilal dan jemaah :
baru
7. Bacaan doa akan dibaca oleh Imam.
8. Bacaan kalimat akan dibacakan oleh bilal dan jemaah sebelum mendirikan 4 rakaat lagi.
9. Jemaah bersama-sama dengan imam akan menunaikan solat terawih bagi rakaat yang ke-5 dan ke-6 :

Selepas surah Al-fatihah dibacakan :

  • Rakaat Ke-5 : Surah Al Quraisy
  • Rakaat Ke-6 : Surah Al Mauun
10. Pada akhir rakaat ke-6, setelah salam diberi, zikir akan dibaca bersama-sama
bilal dan jemaah
bacaan
11. Jemaah bersama-sama dengan imam akan menunaikan solat terawih bagi rakaat yang ke-7 dan ke-8 :

Selepas surah Al-fatihah dibacakan :

  • Rakaat Ke-7 : Surah Al Kautsar
  • Rakaat ke-8 : Surah Al Kaafirun
12. Pada akhir rakaat yang ke 8 setelah salam diberi, selawat dan tasbih akan dibacakan oleh bilal dan jemaah
baru
13. Doa akan dibacakan selepas solat terawih 8 rakaat didirikan.
14. Niat sembahyang solat witir 2 rakaat

witir

Maksudnya : Sahaja daku solat sunat witir 2 rakaat (imam/makmum) kerana Allah Taala.

15. Selepas Al-fatihah dibacakan, ini adalah bacaannya:

  • Rakaat Ke-1 : Surah Al A’laa
  • Rakaat Ke-2 : Surah Al Kafirun
16. Selawat dibacakan oleh Bilal selepas salam diberikan oleh Imam.
17. Kemudian, solat witir 1 rakaat. Niat sembahyang solat witir 1 rakaat

rakaat 2

Maksudnya : Sahaja daku solat sunat witir 1 rakaat (imam/makmum) kerana Allah Taala.

18. Solat witir 1 rakaat

Selepas surah Al-fatihah dibacakan :

  • Al Ikhlas
  • Al Falaq dan
  • An Naas
19. Doa Qunut disunatkan untuk dibaca sebelum sujud pertama dilakukan bermulanya malam 16 Ramadhan
20. Kita disunatkan untuk mengucapkan kalimah ini selepas solat witir dikerjakan
21. Akhir sekali, bacaan doa berikut boleh dibaca

cth doa

Kelebihan Solat Terawih

Sebenarnya fadhilat solat tarawih tidak dijumpai pada mana-mana hadis sahih. Apabila soalan mengenai kelebihan dan fadhilat solat terawih diajukan kepada para ulama dan para mufti, mereka tidak dapat menunjukkan sebarang bukti hadis yang sahih. Fadhilat solat terawih sering kali digembar gemburkan dan disebarkan di media sosial seperti contohnya pada malam pertama adalah seperti baru sahaja dilahirkan ibunya dan seterusnya hinggalah hari ke-30 Ramadhan. Ini semua tidak sahih.

Cuma kita haruslah menanamkan di dalam diri masing-masing bahawa mengerjakan ibadah puasa bersama ibadah lain di bulan puasa adalah untuk lebih mendekatkan diri kepada Ilahi dan mengucapkan tanda syukur kepada Allah SWT. Sesungguhnya, jika kita mengerjakan ibadah puasa dan ibadah lain dalam bulan puasa, nescaya kita akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Solat Tarawih Sendirian : Niat, Doa, Panduan Cara ... Solat Tarawih Sendirian : Niat, Doa, Panduan Cara Solat Sunat Tarawih Berikut di bawah ini kami akan berkongsi dengan anda semua berkenaan panduan so...
in Bulan Ramadhan

Next post:

Previous post: