≡ Menu

Batal Puasa : Syarat dan Perkara Yang Membatalkan Puasa

Batal Puasa : Syarat dan Perkara Yang Membatalkan Puasa

Berikut kami kongsikan berkaitan perkara-perkara yang batal puasa berserta dengan syarat batal puasa.

Entri ini khas kami buat sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Sudah pasti ramai antara yang sudah tidak sabar menanti bulan kemuliaan ini.

Perkara Butiran Selanjutnya
Perkara Yang Membatalkan Puasa 1. Rongga badan sengaja dimasukkan dengan sesuatu; sama ada berupa minuman dan makanan ataupun sebaliknya.- Ini termasuklah dengan perbuatan seperti ini: Menghisap tembakau; candu atau rokok atau dadah dan lain-lain lagi. Dan menghisap melalui hidung (Nusyuk)
2. Sesuatu dimasukkan melaluinya daripada dua jalan iaitu Qubul dan Dubur.
3. Makanan yang dimakan; dimuntahkan dengan sengaja.
4. Melakukan jimak iaitu bersetubuh
5. Secara sengaja keluar air mani- Melalui apa cara-cara yang pada adatnya boleh membawa kepada keadaan di atas. Atau secara sengaja berfikir; memandang secara nafsu; sentuh dan sebagainya. Tetapi jika terkeluar air mani ketika bermimpi; puasa tidak akan terbatal.
6. Keluarnya pada perempuan darah haid dan nifas
7. Gila atau tidak dalam keadaan waras akal fikiran
8. Murtad iaitu keluar daripada Islam tidak mengira sama ada dari bentuk perkataan atau perbuatan individu itu atau kepercayaannya sendiri.
9. Pengsan sepanjang hari ketika tempoh berpuasa itu.

Soal Jawab Berkaitan Perkara Yang Batal Puasa

Soal jawab disediakan untuk rujukan anda semua berkenaan sebarang keraguan atau kemusykilan yang dihadapi bagi perkara yang batal puasa dan syarat batal puasa.

batal puasa

Perkara Butiran Selanjutnya
Perkara Yang Menyebabkan Puasa Terbatal Makan minum dan merokok pada siang hari adalah terbatal puasa
Ubat yang disuntik ke dalam badan adalah tidak batal
Secara sengaja memuntahkan diri
Menjadi gila; berfikiran tidak waras akalnya
Sepanjang hari pitam
Mabuk yang boleh menyebabkan hilangnya fikiran yang waras
Datangnya haid dan nifas bagi kaum hawa
Bolehkah mimpi hingga air mani terkeluar akan batal puasa? Tidak akan terbatal puasa seseorang jika berhadas besar yang disebabkan oleh mimpi. Puasa boleh diteruskan bagi orang yang berhadas tersebut. Individu itu hanyalah perlu mandi junub.
Adakah mandi junub akan menyebabkan saya batal puasa? Bermimpi hingga mengeluarkan mani dan perbuatan mandi junub tidak batal puasa. Puasa juga tidak akan terbatal jika telinga dimasuki air atau tertelain air ketika perkumuran (ketika wuduk diambil atau mandi). Ini dikira sebagai perbuatan tidak sengaja.
Betulkah berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung boleh membatalkan puasa? Ketika berwuduk; perbuatan berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung adalah sunat. Tetapi hendaklah berkumur dan memasukkan hidung dengan air secara ala kadar dan tidak berlebihan bagi orang yang berpuasa. Namun sekiranya walaupun telah dibuat berkumur secara tidak berlebihan tetapi tetap jua air masuk ke kerongkong; puasanya tetap sah. Keadaan seperti debu jalanan atau debu tepung yang termasuk ke dalam kerongkong; juga akan sah puasanya. Ini semua kerana perbuatan ini tidak sengaja. Tetapi jika buat secara berlebihan sehingga masuk ke kerongkong; dan jika keadaan ini berlaku; maka puasa akan batal.
Bolehkah melakukan sukan renang ketika berpuasa? Berenang boleh menyebabkan hidung; telinga dimasuki air oleh perenang. Jika badan dimasuki air dengan cara sedemikian; maka batal puasanya. Dengan demikian; sebagai saranan dan langkah berjaga-jaga; dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti renang pada siang hari puasa supaya puasanya dapat dijaga.
Apakah hukum berpuasa pesakit asma menggunakan inhaler? Ia dibolehkan syarak kerana ia berkaitan dengan kesulitan dan kesukaran pesakit untuk bernafas. Oleh yang demikian; penggunaan inhaler untuk keadaan darurat bagi pesakir adalah tidak akan terbatal puasanya.
Adakah batal puasa jika menyuntik "insulin" Bagi pesakit kencing manis; suntikan insulin tidak akan menyebabkan puasa batal. Ini kerana suntikan bukan melalui rongga yang terbuka. Ia juga tidak akan memberikan kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit kencing manis.
Membersihkan telinga atau hidung menggunakan cotton bud ataupun jari; bolehkah puasa batal? Yang menyebabkan batalnya puasa adalah kerana rongga badan dimasukkan dengan sengaja. Jika telinga atau hidung dibersihkan ia tidak semestinya akan menyebabkan puasa terbatal. Perbuatan ini dibolehkan dengan kadar sederhana dan penuh hati-hati. Tetapi sekiranya berlaku keraguan dalam diri anda; maka usahlah bersihkanlah tetapi buat hanyalah pada waktu malam.
Adakah ketika berpuasa saya boleh derma darah Derma darah adalah dibolehkan jika dalam kuantiti sederhana dan tidak akan terbatal puasa. Namun; pendermaan dalam kuantiti terlalu banyak hingga menyebabkan tubuh badan menjadi lemah; hingga menjejaskan untuk berpuasa dengan lancar dan baik; ia tidak disarankan kepada umat Islam.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Waktu Berbuka Puasa Putrajaya dan Waktu Imsak 2017 Jadual Waktu Berbuka Puasa Putrajaya dan Waktu Imsak 2017 / 1438 Hijrah bagi seluruh kawasan Putrajaya yang mana sekarang ini penduduk ini sudah pun m...
Zakat Fitrah 2016 : Kadar Bayar Seluruh Negeri di ... Zakat Fitrah 2016 : Kadar Bayar Zakat Fitrah di Seluruh Negeri di Malaysia Berikut di bawah adalah kadar zakat fitrah untuk setiap individu Muslim se...
in Niat Puasa

Next post:

Previous post: